Tuesday 24 July 2012

petai

    Dari Wikipedia ....Pokok petai atau dalam bahasa saintifiknya disebut Parkia speciosa ( juga disebut kacang pahit, Thai: sataw (สะตอ), kacang klaster berpusing, yongchaa, yongchaak atau kampai, zawngtah atau kacang busuk). Tumbuhan ini hadir dalam genus Parkia dalam keluarga Fabaceae. Mempunyai salut berbentuk papan yang panjang, dengan isi kacangnya yang berwarna hijau terang serta saiz dan bentuk seperti kacang almond namun mempunyai bau yang busuk dan kurang menyenangkan. Namun rasanya agak pahit jika dimakan mentah, tapi sedap dimakan secara mentah, dibakar atau bersama sambal. Bau busuk yang agak kuat yang keluar dari petai adalah bau gas metana semulajadi yang tersimpan dalam isi kekacangnya...

   Kalu diberikan makanan eksotik ini 10 tahun lepas akan aku  buangnya di tanah...pandangan serong yang diberikan ini kerana baunya,rasanya dan fizikalnya meloyakan...tetapi tahun ini pandangan ini berubah kerana sesesuatu perkara yang menakjubkan dan ajaib berlaku apabila aku mencubanya dalam 2 minggu lepas....perkara yang berlaku adalah turunnya berat badan yang mendadak tanpa aku sedari....
berat aku turun sebanyak 5 kilo selepas memakan petai.....ajaibnya tanpa disedari.....

   Walaupun ada kesan sampingannya seperti kentut yang busuk,buang air besar yang begitu teruk baunya dan nafas yg sangat menakjubkan, itu tak memadamkan semangat dan azam yg tinggi utk terus mencuba petai. mcm2 petai sudah di cuba. Petai jeruk, petai bakar, petai sayur, dan petai celup tepung. semua tentang petai sangat mengancam.

  Dalam bidang masakan saya menjemput chef daripada luar negara untuk menerangkannya.....silakan chef:

Salam..
Petai adalah dia dalam masakan amatlah digemari oleh smua golongan dalam semua masakan..tp di sini saya nk kongsi satu resepi rempah ikan bakar petai secara ringkas..kita perlukan mesin pengisar..
Masukkan sedikit minyak, belacan, bawang besar, bawang putih, cili kering yg dah di rebus, sedikit cili besar dan cili padi, serai. halia, lengkuas. daun limau purut, daun kesom, gula melaka..
Kisar semua bahan sampai lumat..dan tumis di dalam kuali besar sehingga naik minyak..
masukkan hirisan kasar petai (kuantiti ikut suka)..tumis lagi dan masukkan air jika terlalu pekat..
masukkan sedikit cuka atau perahan limau nipis..perasakan dengan garam dan gula..
siap...!!!
boleh la guna rempah ni untuk bakar ikan..
hee....
sekian terima kasih..

petai boy...dengan petai, hidup ceria selalu...